[AGAMA] Kisah Rasulullah S.A.W Dan Limau
Pada satu hari, Nabi Muhammad dan beberapa orang sahabat telah didatangi oleh seorang wanita kafir. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah s.a.w. akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah s.a.w. terus memakan buah limau tersebut dengan senyuman sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang dan diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Para sahabat berasa hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w. Lalu mereka bertanya dan Rasulullah s.a.w. menjawab dengan senyuman.
“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya”.
Begitu mulia akhlak Rasulullah SAW. Baginda sesekali tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana agenda busuknya untuk mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda tidak berjaya.
[AGAMA] Kisah Rasulullah S.A.W Dan Limau
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, August 13, 2013
Rating:
No comments