[PELIK] Peristiwa yang Tak Masuk Akal yang Waras


Tuesday April 01, 2013

Banyak peristiwa tidak masuk akal terjadi di sekitar kita, namun lima kejadian ini bakal membuat anda terlopong serta berkata bagaimana ia boleh terjadi. 

1. Taliban latih kera dengan AK-47


Sebilangan tentera Taliban di Afghanistan telah menciptakan sepasukan mujahidin monyet. Para kera dan baboon ini dilatih dengan menggunakan senapang serbu AK-47 untuk menembak tentera Amerika Syarikat pada 2010.

Kejadian ini membuat banyak pihak binggung. Bahkan Perundingan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) turut menyelidiki kes ini.



2. Kembar tiga yang berjarak usia 11 tahun


Ini mungkin peristiwa paling aneh di dunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, England, bernama Lisa Sheperd. Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.

Ketiga anak itu bernama Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh baru muncul di dunia tiga tahun lalu.

Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.

-yeke????


3. Tertembak di kepala dan baru tahu lima tahun kemudian




Seorang lelaki Jerman tidak disebutkan namanya ternyata tidak mengetahui jika dia telah tertembak di kepala pada malam tahun baru 2004 sebab sangat mabuk.

Lelaki itu baru menyedari sebuah peluru kaliber 0,22 tertanam di kepala pada 2009. Itu pun secara tidak sengaja ketika mahu berjumpa doktor akibat sakit perut.

Dia mengakui pada malam itu seperti terhentam benda berat di kepala. Namun dia fikir bukan sesuatu yang sakit dan dasyat.



4. Bayi selamat selepas terjatuh dari tingkat tujuh



Seorang bayi perempuan 15 bulan tidak disebutkan namanya selamat ketika terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah Apartment. Dia beruntung kerana seorang lelaki dengan hebatnya melompat dan menangkapnya. Macam superman :P

Bayi asal Ibu Kota Paris, Prancis, itu bermain dekat dengan jendela tanpa pengawasan sesiapa. Ketika dia jatuh lelaki yang menangkapnya melihat lalu berlari secepat kilat menyambar budak itu. Masa di sekitar tempat kejadian mengatakan lelaki itu adalah pemain rugby, permainan bola asal Amerika Syarikat.

oo..the flash


5. Pramugara berhenti kerja saat pesawat ada di udara



Aksi ini sungguh aneh tapi benar-benar terjadi. Lelaki bernama Steven Slater bekerja sebagai pramugara pesawat JetBlue sedang dalam penerbangan antara negara bahagian di Amerika Syarikat memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya justeru di saat kapal terbang itu sedang berlepas.

Steven berasal di Kota Pittsburgh, Negara Bahagian Pennsylvania, membuka pintu darurat dan terjun terus menggunakan peluncur. Dia berhenti bekerja lantaran bertengkar dengan salah satu penumpang. Sebelum melakukan aksinya, dia terlebih dahulu mengambil pembesar suara dan memaki-maki penumpang tersebut.

Macam macam hal..
sedikit ubah suai bahasa dari sumber




[PELIK] Peristiwa yang Tak Masuk Akal yang Waras [PELIK] Peristiwa yang Tak Masuk Akal yang Waras Reviewed by Unknown on Tuesday, April 02, 2013 Rating: 5

No comments