[SOAL/JAWAB] Malu Kerana Misai dan Bulu Kaki Lebat
Gambar Hiasan |
Saya mengalami masalah hormon iaitu berbulu pada wajah (misai) dan pada betis. Misai pada wajah itu mungkin faktor genetik daripada ibu saya kerana ibu saya pun ada ada misai sedemikian.
Saya sebenarnya malu dan tiada keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Bulu kaki saya juga kasar. Sewaktu remaja, saya menggunakan pisau cukur dan sehingga sekarang apabila bulu kaki tumbuh saya akan mencukurnya.
Saya pernah membuat rawatan laser, tetapi hasil tetap sama. Saya bakal berkahwin tiga bulan lagi. Apakah saranan doktor untuk mengatasi masalah ini?
Saya ada terbaca satu artikel mengenai masalah hormon seperti yang saya alami. Ia akan menyebabkan masalah sukar hamil kerana hormon lelaki berlebihan dalam badan. Harap doktor dapat membantu.
Mas
Petaling Jaya, Selangor
Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor sakit puan. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keadaan anda.
Ujian darah hormon tertentu juga akan dilakukan untuk mengesan penyebabnya. Rawatan laser hanyalah bersifat sementara.
Jika benar anda berlebihan hormon lelaki, terdapat rawatan untuknya. Namun, seeloknya mengesan penyakit (jika ada) dan merawat penyakit berkenaan.
(Pakar Sakit Puan, Dr Adilah Ahmat)
[SOAL/JAWAB] Malu Kerana Misai dan Bulu Kaki Lebat
Reviewed by Unknown
on
Monday, March 11, 2013
Rating:
No comments