Wanita Tertipu Beli iPad Plastik RM1,500
Wanita Tertipu Beli iPad Plastik RM1,500 | Seorang wanita berang apabila mendapati iPad yang dibelinya di pasar raya Walmart di Boston dengan harga AS$499 (RM1,542) sebenarnya plastik.
Suzanne Nassie berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena sebaik membuka bungkusan yang renyuk itu.
Pemalsuan itu sungguh mengelirukan, malah pasar raya terbabit enggan memberikan ganti rugi kepadanya sebelum akhirnya akur. “Ini bukan tablet sebenar. Seseorang pasti meletakkan alat palsu itu ke dalam kotak bungkusan iPad,” katanya.
Suzanne membawa alat itu kembali ke pasar raya berkenaan, tetapi tidak dibenarkan bercakap dengan pengurus dan enggan diberikan ganti rugi walaupun dia membawa resit belian dicetak 20 minit sebelum itu. Dia sebaliknya disuruh mengemukakan aduan kepada Apple, syarikat yang mengeluarkan iPad.
Suzanne bukan pelanggan pertama tertipu dengan pembelian iPad di Walmart.
Ramai pelanggan membuat aduan membeli perlatan palsu di premis pasar raya itu di New Jersey, Florida dan Texas sebelum ini.
Pada November lalu, Emilio Pereda dari Florida memberitahu media, dia membeli iPad palsu daripada peruncit gergasi itu dengan harga $500 (RM1,545).
“Tiada bungkusan merah. Ia dibungkus sepenuhnya dengan kertas bungkusan Walmart,” katanya. Sementara itu, Suzanne dihubungi pengurus pasar raya itu yang meminta maaf dan menawarkan ganti rugi sepenuhnya. Ikuti rakaman video ini.
-Alahai pengurus pun, dah masuk berita baru nak ganti. lulz
Wanita Tertipu Beli iPad Plastik RM1,500
Reviewed by Unknown
on
Saturday, March 02, 2013
Rating:
No comments