Misi ke Marikh - Simulasi Asas di Padang Pasir UTAH (Gambar + Video)



Sebuah padang pasir di San Rafael Swell selatan negeri Utah, Amerika Syarikat dijadikan pusat kajian sama ada manusia boleh meneroka planet Marikh.
Pusat Penyelidikan Gurun Marikh dibina di kawasan tersebut kerana bentuk muka buminya kelihatan mirip di planet itu.

Sekumpulan saintis, pelajar dan peminat planet itu berkumpul di pusat berkenaan untuk mengkaji sama ada manusia boleh meneroka Marikh. Kajian itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Mars Society.

Para sukarelawan yang terlibat dengan kajian tersebut turut memakai pakaian seperti angkasawan semasa mereka berjalan dengan mengambil sampel di kawasan berbukit di padang pasir itu. Mereka juga berlakon seolah-olah padang pasir itu ialah planet Marikh. Sebuah kapsul juga didirikan dan dilengkapi bekalan elektrik, makanan, oksigen dan air dalam jumlah yang terhad.
























- Hahaaa...macam-macam..
Misi ke Marikh - Simulasi Asas di Padang Pasir UTAH (Gambar + Video) Misi ke Marikh - Simulasi Asas di Padang Pasir UTAH (Gambar + Video) Reviewed by Unknown on Wednesday, March 13, 2013 Rating: 5

No comments