[AGAMA] Masjid Daripada Lumpur di MALI

Thursday March 21, 2013


Masjid Agung di Djenné, Mali tidak hanya bangunan yang diperbuat dari Bata dengan bahan dasar lumpur yang terbesar di dunia, tetapi juga sebuah model senibina Ecofriendly dan berterusan, menurut Infomrasi bahawa bangunan ini dibina pada tahun 1200 hingga 1300, dan mengalami kerosakan teruk. kemudian masjid ini dibina lagi oleh kerajaan kolonial Perancis pada tahun 1906, gaya bangunan tersebut masih mengamalkan gaya Afrika di wilayah tersebut. Bahkan, masjid dianggap oleh banyak orang sebagai salah satu contoh terbaik dari gaya senibina, contoh lain termasuk Agadez Masjid Agung di Nigeria dan Masjid Larabanga di Ghana.

Masjid Agung di Djenné, Mali Yang Pernah Rosak

Apa itu sebenarnya batu Bata dari tanah? yang juga disebut adobe (tidak ada hubungannya syarikat Adobe), merupakan bahan bangunan semulajadi. dimana bahan bangunan diperbuat dari pasir, tanah liat, air dan bahan pelekat organik seperti jerami, kayu atau bahkan pupuk kandang, struktur yang dihasilkan dikenali sangat tahan lama dan kukuh.


Dinding Masjid Agung diperbuat daripada bata lumpur yang dijemur di bawah sinar matahari (disebut ferey)




Lumpur yang dilapisi dengan plaster lumpur yang halus. Dinding bangunan yang dihiasi dengan bundel kelapa sawit (Borassus aethiopum) atau di sebut Toron dengan ukuran sekitar 60 cm (2 kaki) dari paras, toron ini juga berfungsi sebagai "ready made" untuk pembaikan tahunan. Keramik dipasang untuk menjaga agar air hujan boleh melewati bangunan dan langsing keliar, dimana seramik ini di pasang di atas bangunan. Masjid ini dibina asas berukuran sekitar 75 mx 75 m dan berada pada ketinggian 3 meter di atas permukaan tanah terdapat 6 set tangga, masing-masing dihiasi di puncaknya.Masjid Agung di Djenné, Mali Tahun 2010 (Umurnya sudah kira-kira 700 - 800 Tahun , Jadi Sudah Sangat terbukti Mengatasi Gangguan Seperti Hujan dan Air)



Setiap tahun, masjid Djenné mendapat baik pulih atau pembaikan dalam rangka menyambut pelbagai perayaan festival rakyat sebagai hiburan yang luarbiasa, serta menyenangkan bagi masyarakat Djenné. Masjid Agung Djenné adalah salah satu "Tapak Warisan Dunia" yang ditetapkan oleh UNESCO pada tahun 1988 ", yang boleh dikunjungi bila-bila masa, tetapi tidak dibenarkan memasuki bangunan, kecuali anda Muslim. Masjid Agung ini telah ditutup untuk non-Muslim pada tahun 1996, akibat dari rusuhan dan insiden tembakan salah seorang official fotografi majalah Vogue Perancis di dalam masjid.



- Fuhh, sungguh kental umat Islam di sana, kat sini terlalu banyak masjid, sampaikan susah nak penuh.. :(

[AGAMA] Masjid Daripada Lumpur di MALI [AGAMA] Masjid Daripada Lumpur di MALI Reviewed by Unknown on Thursday, March 21, 2013 Rating: 5

No comments