[AGAMA] "Duduklah Atas Serban Ku ini" - Rasullulah SAW

Saturday March 30, 2013



Suatu hari Jarir Bin Abdullsh Al-Bajli terlewat datang ke rumah Rasulullah s.a.w. Ketika itu rumah baginda sudah melimpah dengan oran ramai.

Sama seperti Jarir, semua yang datang ada hajat masing-masing untuk berjumpa Nabi selain selain ingin mendengar syarahan serta bimbingan dari Rasulullah.

Jarir susup-sasap mencari tempat. Ketika itu timbul rasa kesal kerana datang terlalu lewat. Namun selepas berusaha, dapat juga dia ke ruang hadapan.Walaupun syarahan belum bermula, selalunya waktu begitu dia sudah bersila dihadapan Nabi.

Bagaimanapun badan yang kecil memudahkannya menyelit di celah orang ramai itu. Selepas meminta maaf, memberikan senyuman, seorang lelaki mengesot sedikit, memberi dia ruang yang cukup untuk bersila.

Dia melihat para sahabat lain juga terpaksa duduk bersesak-sesak sehingga tiada lagi ruang yang kosong.

Kedatangan Jarir disedari Rasulullah. Baginda nampak Jaril duduk diatas lantai tanpa tikar. Lalu baginda melepaskan serban  di bahu dan diberikan kepada tetamu istimewanya itu.

"Hai Jarir, duduklah diatas serban ku ini," pelawa Nabi tersenyum lalu membentangkan kain serban itu di lantai.

Jarir terkejut bercampur terharu kerana mendapat perhatian baginda. Dia mengambil serban tersebut lalu diusap-usapkan kemukanya beberapa kali. Jarir kemudian menangis teresak-esak. Kemudian dia melipatnya seperti sediakala dan memulangkan semula kepada Rasulullah.

" Tak mungkin aku duduk atas pakaian yang mulia ini  wahai Nabi Allah. Semoga Allah memuliakan Rasulullah sebagaimana baginda memuliakan aku," kata Jarir Sebak.

Orang ramai yang hadir terpegun bahkan ada yang turut mengalirkan air mata.

Sambil menoleh ke kanan dan ke kiri, Rasulullah s.a.w bersabda : 
"Apabila datang seorang tetamu yang mulia maka muliakanlah dia; dan apabila datang kepada kamu seorang yang ada hajat atas kamu maka muliakan mereka."
Sumber : Mastika Mei 01

-serius, meremang dan sebak..

[AGAMA] "Duduklah Atas Serban Ku ini" - Rasullulah SAW [AGAMA] "Duduklah Atas Serban Ku ini" - Rasullulah SAW Reviewed by Unknown on Saturday, March 30, 2013 Rating: 5

No comments