Suami Isteri Dibunuh Kerana Kambing Miliknya

Suami Isteri Dibunuh Kerana Kambing Miliknya | Bukit Kayu Hitam: Polis Kedah tidak menolak kemungkinan suspek yang membunuh sepasang suami isteri di Kampung Kuala Balut, Ketemba, Kuala Pegang, Baling lebih daripada seorang selepas cuba mencuri kambing milik mangsa.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Elias Hassan, 63, dan isterinya, Saayah Md Tahir, 54, dibunuh dengan objek tajam oleh suspek.

Beliau berkata, punca kejadian adalah disebabkan suspek cuba mencuri 15 kambing milik mangsa menyebabkan mangsa yang terdengar bunyi bising cuba melihat apa yang yang berlaku di kandang miliknya yang terletak kira-kira 10 meter daripada rumahnya.

"Bagaimanapun mangsa yang cuba menghalang suspek ditikam objek tajam oleh suspek di halaman rumah manakala isterinya ditikam di ruang dapur.

"Suspek berjaya mencuri dua daripada 15 kambing milik mangsa sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media selepas menerima sumbangan 230,400 botol air mineral untuk mangsa banjir di Pantai Timur, di sini, sebentar tadi.

Suami Isteri Dibunuh Kerana Kambing Miliknya

Zamri berkata, setakat ini, pihaknya masih memburu suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suami Isteri Dibunuh Kerana Kambing Miliknya Suami Isteri Dibunuh Kerana Kambing Miliknya Reviewed by Unknown on Wednesday, January 07, 2015 Rating: 5

No comments