Sayu!!! Gambar Persekolahan Hari Pertama di Manik SK Manek Urai (6 Gambar)

Sayu!!! Gambar Persekolahan Hari Pertama di Manik SK Manek Urai (6 Gambar) http://apahell.blogspot.com/2015/01/sayu-gambar-persekolahan-hari-pertama.html

Sayu!!! Gambar Persekolahan Hari Pertama di Manik SK Manek Urai (6 Gambar) | Kuala Krai : Keadaan serba kekurangan tidak mematahkan semangat kira-kira 200 murid Sekolah Kebangsaan Manek Urai untuk memulakan hari pertama persekolahan mereka.

Dengan berseluar trek, berbaju T, berselipar jepun, tanpa buku mahupun beg galas, mereka mula tiba ke sekolah pada pukul 7.20 pagi dengan dihantar ibu bapa walaupun jalan ke sekolah masih lagi berlumpur.

Walaupun sekolah itu masih tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana belum mempunyai peralatan lengkap, beberapa ibu bapa turut hadir bagi mendaftar persekolahan anak-anak mereka secara manual.

Muhammad Qafari Aminarosnawi, 11, dari Kampung Manek Urai Lama berkata walaupun tiada pakaian seragam lengkap namun ia tidak menjadi masalah buat dirinya untuk memulakan sesi persekolahan hari ini.








P/s : Allahu..semoga selepas ini, semua murid-murid ini dapat belajar dengan selesa seperti sediakala..aminn..

Sayu!!! Gambar Persekolahan Hari Pertama di Manik SK Manek Urai (6 Gambar) Sayu!!! Gambar Persekolahan Hari Pertama di Manik SK Manek Urai (6 Gambar) Reviewed by Unknown on Monday, January 12, 2015 Rating: 5

No comments