Thursday, January 01, 2015
1
Makcik Minta Bantuan Yang Korang Akan Rasa Sangat Saluteee!!!

Makcik Minta Bantuan Yang Korang Akan Rasa Sangat Saluteee!!! | Kisah seorang makcik yang mendapat bantuan daripada pasukan bantuan sukarelawan banjir menjadi viral di media sosial.

Sukarelawan banjir, Nik Zahrinawati Nik Zahari berkata, pada mulanya, makcik itu melambai ke arah pasukan sukarelawan, dengan kepalanya bersarung beg plastik sambil memegang sebatang tongkat.

Malah katanya, apabila didekati, makcik itu hanya meminta sehelai tudung untuk dipakai, setelah memberitahu dia baru dibawa turun oleh pasukan bomba dari kawasan bukit di Kampung Karangan, Kuala Krai, petang semalam.

“Benda pertama yang makcik itu minta ialah tudung. Kami ambil tudung dan bagi pada dia, dia terus buka plastik (yang disarung di kepala) dan pakai. Saya tidak tahan, nangis di situ juga.

“Barang yang paling dia minta ialah tudung, kain sarung. Sebab dia kata, kain yang dia pakai dah seminggu dan sudah kena air kencing dan dia juga minta telekung.

“Paling akhir dia minta, ayat dia ‘kalau ada sebutir dua beras, berilah’, dan kami bagi pada dia,” kata Nik Zahrinawati ketika dihubungi.

Semoga makcik ini dan mangsa banjir yang lain diberikan ketabahan dalam menghadapi musibah besar ini.

1 comments: