Kempen Makan Ikan Terpaksa Diadakan di Kawasan Nahas QZ8501 Kerana... (5 Gambar)

Kempen Makan Ikan Terpaksa Diadakan di Kawasan Nahas QZ8501 Kerana... (5 Gambar) | Satu kempen memakan ikan terpaksa dijalankan bagi menepis khabar angin mengenai penemuan sebentuk anting-anting dalam badan ikan yang dikhuatiri milik penumpang QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, pada 28 Disember lalu.

Kempen Makan Ikan Terpaksa Diadakan di Kawasan Nahas QZ8501 Kerana... (5 Gambar) http://apahell.blogspot.com/2015/01/kempen-makan-ikan-terpaksa-diadakan-di.html

Kempen yang dilancarkan di Pelabuhan Kumai itu antara usaha untuk membantu meningkatkan kembali pendapatan nelayan di kota itu bagi menagkis spekulasi dan kerisauan orang ramai yang menyangka haiwan itu mungkin memakan mayat penumpang pesawat malang itu.

Memetik laporan portal berita Indonesia Detiknews, Ketua Daerah Kotawaringin Barat (Kobar), Ujang Iskandar berkata, seramai  1,250 warga kota itu dijemput untuk memakan ikan bersama-sama.

“Pelbagai ikan disajikan dalam kempen itu seperti ikan bawal, ikan siakap dan ikan kerapu. Ikan itu dimasak dan dibakar. Turut disajikan makanan lain seperti bakso ikan, laksa ikan, nugget ikan, keropok ikan dan abon ikan.

“Tujuan acara ini diadakan bagi memastikan ikan yang ditangkap nelayan di Kumai  selamat dan tidak seperti digembar-gemburkan orang ramai,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Pendaratan Ikan, Pelabuhan Kumai.

Katanya, dia berharap dengan kempen yang dinamakan ‘Gerakan Makan Ikan Bersama Bapak Bupati dan Masyarakat Kotawaringin Barat’ itu dapat mengembalikan keyakinan masyarakat setempat bahawa ikan di laut tidak makan mayat mangsa nahas pesawat berkenaan.

"Saya berharap dengan acara ini dapat menghilangkan stigma dan kita bersama-sama perlu yakin bahawa kemalangan yang menimpa AirAsia tidak memberi kesan terhadap ikan di laut," tambahnya.

Apa yang menarik, tidak sampai satu jam semua ikan yang dihidangkan kira-kira 500 kilogram itu habis dimakan para jemputan.






Kempen Makan Ikan Terpaksa Diadakan di Kawasan Nahas QZ8501 Kerana... (5 Gambar) Kempen Makan Ikan Terpaksa Diadakan di Kawasan Nahas QZ8501 Kerana... (5 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, January 18, 2015 Rating: 5

No comments