Kasihan!! 11 Keluarga Mangsa Banjir Kesejukkan Dalam Hutan Dabong

Kasihan!! 11 Keluarga Mangsa Banjir Kesejukkan Dalam Hutan DabongKasihan!! 11 Keluarga Mangsa Banjir Kesejukkan Dalam Hutan Dabong http://apahell.blogspot.com/2015/01/kasihan-11-keluarga-mangsa-banjir.html

Kasihan!! 11 Keluarga Mangsa Banjir Kesejukkan Dalam Hutan Dabong |Satu kampung seramai 70 orang daripada 11 keluarga ditemui dalam keadaan kesejukan di tengah-tengah kegelapan hutan di tepi jalan Dabong-Sungai Sam, Kuala Krai.

Mereka dari Hulu Temiang, Manek Urai, terpaksa bermalam di kawasan berkenaan apabila rumah masing-masing musnah dalam bencana banjir besar, Selasa lalu.

Amat menyedihkan apabila mereka terpaksa duduk dalam cahaya samar api lilin yang hanya tinggal sebatang.

Mohd Rizal Abdullah, 35, berkata, mereka tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan ketika banjir besar melanda dan mengambil keputusan berteduh sementara di kawasan tersebut.

“Sudah masuk hari keempat kami bersama kira-kira 30 kanak-kanak bermalam di kawasan hutan di bukit ini.

“Kalau nak buang air besar atau kecil, terpaksa buang di mana-mana sahaja yang dirasakan sedikit terlindung daripada pandangan dan sumber air pula kami peroleh dari sungai berdekatan,” katanya.

Sinar Harian yang dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas menjayakan misi Tangan Dihulur Tangan Bersambut di Dabong, kelmarin, kebetulan terserempak dengan mereka, kira-kira jam 9 malam.

Dalam pada itu, Mohd Rizal berkata, mereka sangat mengalu-alukan pihak luar datang memberi bantuan berikutan sudah buntu dengan kesan bencana yang ditanggung hingga memaksa mereka merempat di tepi jalan.

“Kami terpaksa berlindung sementara di sini dalam keadaan sejuk kerana tiada selimut mahupun bantal, sementara bantuan makanan pula diterima daripada orang ramai yang melalui jalan ini, yang sudi  menghulurkan pertolongan.

“Kami juga tidak tahu selama mana kami akan tidur di sini menanti banjir di kawasan kami surut, ditambah pula dengan bekalan makanan yang semakin berkurang,” katanya. - SinarHarian

Kasihan!! 11 Keluarga Mangsa Banjir Kesejukkan Dalam Hutan Dabong Kasihan!! 11 Keluarga Mangsa Banjir Kesejukkan Dalam Hutan Dabong Reviewed by Unknown on Thursday, January 01, 2015 Rating: 5

No comments