Isu Kewajaran Murid Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah - Sudah Masanya Ubah

Isu Kewajaran Murid Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah - Sudah Masanya Ubah | Alor Setar – Kementerian Pendidikan disaran mengkaji semula larangan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, sudah tiba masanya kerajaan membenarkan pelajar berbuat demikian kerana ia menjadi keperluan pada masa kini.

“Setakat ini ada, sekolah-sekolah melarang pelajar membawa telefon bimbit dan ada yang membenarkan.

“Secara peribadi, saya berpandangan kita tidak boleh elak dan menyekat penggunaan telefon, khususnya membabitkan pelajar,” katanya, semalam.


Menurutnya, apa lebih penting ialah mendidik pelajar supaya positif dalam penggunaan telefon bimbit berkenaan.

“Kadang-kadang, ibu bapa juga nak berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

"Tetapi komunikasi ini bukan bererti mereka perlu menelefon, cukup sekadar hantar SMS.

“Sudah tiba masanya, kerajaan meluluskan kebenaran itu dan meletakkan syarat hanya telefon mempunyai item panggilan keluar masuk dan SMS sahaja dibenarkan.

Tajul Urus memberitahu, telefon pintar mempunyai akses melayari laman sosial Facebook, WhatsApp dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

“Biarlah kita bercakap soal berpijak di bumi nyata. Ada juga sekolah-sekolah yang membenarkan pelajar membawa telefon dan mereka mengawal penggunaan itu.

“Saya percaya, perkara ini boleh dilaksanakan sebab kalau kita nak menghalang pelajar 100 peratus daripada tidak bawa telefon ke sekolah dalam keadaan sekarang, saya rasa itu tidak mungkin,” katanya.

“Selepas ini, mungkin akan ada pihak yang setuju dan membantah. Itu pandangan masing-masing. Tetapi kerajaan harus mempertimbangkan semula larangan tersebut,” katanya.


Tapi kalau telefon yang macam ni, lagi bes kot. Siap boleh nyonyot hilangkan haus. haha.. slurrpp! slurrpp! Hi hi hi


Isu Kewajaran Murid Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah - Sudah Masanya Ubah Isu Kewajaran Murid Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah - Sudah Masanya Ubah Reviewed by Unknown on Monday, January 05, 2015 Rating: 5

No comments