Hidangan Terakhir 5 Banduan Sebelum Dihukum Gantung (6 Gambar)


Hidangan Terakhir 5 Banduan Sebelum Dihukum Gantung (6 Gambar) | Berikut ini adalah makanan terakhir yang dimakan beberapa tahanan sebelum akhirnya mereka dihukum mati. Seorang jurugambar bernama Heny Hargreaves “mencipta semula” makanan yang diminta para tahanan sebagai hidangan terakhirnya.

Foto-foto ini diambil dari laman jurugambar tersebut, di Henryhargreaves.com melalui perkongsian dari sebuah blog tempatan.

1. Teresa Lewis, Minta Ayam Goreng dan Kacang Peas


Teresa Lewis adalah seorang penjenayah berumur 41 tahun. Dia dihukum kerana terlibat kes pembunuhan dan rompakan. Akhirnya, Teresa dijatuhi hukuman mati dengan suntikan beracun. Sebelum hukuman, Terese meminta hidangan terakhir berupa ayam goreng, kacang peas dengan mentega di atasnya, pie epal dan minuman soda.

2. Angel Nieves Diaz, Tidak Mahu makan Apapun


Ketika hukuman matinya mendekatinya, Angel ditawarkan pihak penjara agar menempah makanan apa saja yang dia inginkan. Namun, Angel menolak. Dia diberi makanan penjara yang seperti biasa dihidangkan. Namun makanan itu juga tidak disentuhnya. Angel, berumur 55 tahun dan berasal dari Florida. Dia dihukum mati kerana terlibat kes pembunuhan, penculikan dan rompakan bersenjata. Dia akhirnya tidak dikenakan hukuman tali gantung tetapi mati dengan suntikan lethal.

3. Ronnie Lee Gardner, Makan Sambil Menonton Lord of The Ring


Lelaki berumur 49 tahun yang berasal dari Utah ini dihukum kerana merompak dan dua pembunuhan yang dia lakukan. Sebelum dia meninggal, Ronnie meminta menu istimewa di menjelang hari kematiannya. Dia meminta ekor udang galah, steak, pie epal, ais krim vanila dan memakan semua hidangan itu sambil menonton trilogi Lord of The Ring. Ronnie Lee Gardner dihukum tembak sampai mati.

4. Victor Feguer, Hanya Minta Sebiji Buah Zaitun


Lelaki ini dihukum mati di usia yang sangat muda, 28 tahun. Lelaki asal Iowa ini dihukum mati atas tindakan penculikan dan pembunuhan. Dia meninggal dengan suntikan maut ke dalam tubuhnya. Hidangan terakhir yang diminta Victor sangatlah mudah. Dia meminta sebiji buah zaitun. Victor mengatakan bahawa dia ingin buah zaitun tersebut akan mengakar dan tumbuh dari dalam tubuhnya dan menjadi pohon zaitun. Dia berharap pokok tersebut akan menjadi simbol keamanan.

5. Rikcy Ray Rector, Tinggalkan Pie untuk dimakan “nanti”


Lelaki berumur 42 tahun ini dihukum kerana tindakannya membunuh dua orang. Lelaki asal Arkansas ini akhirnya mati dengan suntikan lethal. Sebelum dia meninggal dia meminta hidangan yang cukup istimewa. Dia meminta steak, ayam goreng, minuman rasa cherry dan pie. Pie itu tidak disentuhnya. Ketika penjaga menanyakan soal pai itu, Ricky mengatakan bahawa dia akan memakan pienya nanti. Dia tidak menyentuh pie itu hingga hari kematiannya.

Hidangan Terakhir 5 Banduan Sebelum Dihukum Gantung (6 Gambar) Hidangan Terakhir 5 Banduan Sebelum Dihukum Gantung (6 Gambar) Reviewed by Unknown on Thursday, January 29, 2015 Rating: 5

No comments