Wednesday, January 07, 2015
Bantuan 8 Ustaz Diperlukan Untuk Kesan Bangkai Pesawat QZ8501

Bantuan 8 Ustaz Diperlukan Untuk Kesan Bangkai Pesawat QZ8501 | Pangkalan Bun: Pencarian baki mayat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan dengan bantuan lapan ustaz yang diterbangkan menggunakan helikopter Super Puma ke lokasi dipercayai terletaknya bangkai pesawat berkenaan di Laut Jawa, pagi ini.

Komandan Lapangan Terbang Iskandar Letkol Jhonson Simatupang berkata, mereka membaca doa sebagai ikhtiar untuk memudahkan usaha penemuan mayat mangsa dan serpihan pesawat.

"Mereka berada di dalam helikopter untuk berdoa. Lokasinya (berdoa adalah) di kawasan sektor 1 dan 5," katanya.


Salah seorang ustaz, Muhammad Ali berkata, mereka berdoa supaya proses pencarian berjalan lancar dan baki 125 mayat mangsa dapat ditemui segera.

"Kami sebenarnya dalam hati sudah lama berdoa, sebelum ada inisiatif dari pimpinan kami (dibawa ke sini). Bagaimanapun, kita manusia masih ada kelemahan," katanya.

Tinjauan di lapangan terbang berkenaan mendapati, lapan ustaz yang memakai pakaian serba putih itu berjalan memasuki helikopter sekitar jam 6.50 pagi.

0 comments:

Post a Comment