9 Mati Makan Kek Pulut Tradisional

9 Mati Makan Kek Pulut Tradisional  http://apahell.blogspot.com/2015/01/9-mati-makan-kek-pulut-tradisional.html

9 Mati Makan Kek Pulut Tradisional | 9 orang maut selepas makan 'mochi', sejenis kek pulut tradisional Jepun, bersempena meraikan Tahun Baru 2015.

Di Tokyo, 18 mangsa dihantar ke hospital akibat kesesakan nafas selepas menikmati mochi di mana 3 dari mereka meninggal dunia.

Lapor akhbar Yomiuri Shimbun, angka kematian akibat kek pulut meningkat kepada 9 orang pada Jumaat lalu di seluruh negara dan 13 yang lain berada dalam keadaan yang kritikal.

Difahamkan, menjadi kebiasaan kaum keluarga memasak sup 'ozouni' dan meletakkan kek pulut ke dalam sup sayur-sayuran itu sempena perayaan tahun baru.

Ekoran dari kes itu, Jabatan Bomba menasihatkan orang ramai memotong mochi kepada kepingan lebih kecil sebelum memakannya.

Dilaporkan, hampir setiap tahun, beberapa warga Jepun dilaporkan mati akibat tercekik kek pulut mochi.

9 Mati Makan Kek Pulut Tradisional 9 Mati Makan Kek Pulut Tradisional Reviewed by Unknown on Monday, January 05, 2015 Rating: 5

No comments