Monday, December 22, 2014

Kisah Rumah Banglo Dua Tiang Besar Impian Abah - Cik Hajar Yahya | Masa saya kekecik dulu, saya ingat lagi abah selalu bawak saya berhenti depan rumah banglo putih tiang dua.

Masa tu, pergi balik sekolah rendah abah hantar saya naik motor. Jadi, sebelum balik rumah, mesti kami akan parking motor depan rumah banglo putih tu. Untuk sekitar 5 ke 10 minit.

Abah cakap kat saya, cantik kan rumah tu. Saya senyum, angguk. Kalau dapat rumah camtu kan best. Masa tu kecik sangat, apa lah yang saya faham. Orang kata best, saya pun jawab best. hehe

Tak lama lepas tu, saya tengok Abah ada satu lukisan lakaran rumah. Macam yang arkitek punya tu. Ada pandangan sisi, tepi, depan, belakang.

“Cantiknyaa, rumah siapa ni Abah..?” soal saya.

“Inilah rumah kita nanti..!” kata Abah bangga.

Saya gelak. Yelah Abah bukannya Menteri atau pun Dato’ yang gaji puluhan ribu nak ade rumah banglo besar cantik pulak tu. Abah cuma kerja kilang masa tu. Kilang kereta kalau tak silap.

Hari2 saya perhatikan Abah. Kertas lakaran rumah tu Abah jadikan model guna kadbod. Potong sendiri dan gam satu persatu.

Abah adjust model rumah tu cantik2 ikut citarasa dia. Sampai abis bersepah kadbod dipotong-potong oleh Abah semata-mata nak dapatkan design bumbung yang cantik.

Abah dalam dunia angan2 dia. Hehe

Tahun 2007, Abah mulakan projek rumah idaman dia. Abah tak bergantung pada orang. Abah ikat batu satu persatu. Abah naikkan tembok. Abah ratakan konkrit.

Abah kata model rumah dia buat masa saya kecik tu nak jadi realiti. Saya sengih. Boleh ke.?

Cukup 6 bulan, rumah saya naik macam banglo. Belum siap sepenuhnya tapi sudah ada rangka. Sebiji sama macam model rumah idaman Abah.

Hari2 Abah upgrade sikit2. Saya ingat lagi Raya pertama kat rumah tu, rumah kami tak sempurna. Bahagian dapur masih berpasir belum pasang tiles, sedangkan bahagian depan dah macam hotel cantik dia. (boleh refer album saya tajuk Rumah Taj Mahal)

Abah nak buktikan pada orang yang Abah mampu buat rumah idaman dia dengan kudrat dia sendiri.

Saya cukup terpegun masa tu. Abah takde background enjinia. Abah bukan kontraktor. Abah tak pernah belajar ilmu fizik.! Abah bukan orang kaya. Abah cuma orang kampung yang ada wawasan, ada matlamat nak dikejar, yang ada citarasa tinggi.

Abah bukti kehebatan dan idola kekuatan semangat saya. Semangat Abah tak pernah luntur walaupun sekelumit mulut orang lain memburuk2kan usaha Abah. Abah teruskan mengejar matlamat hingga rumah kami megah berdiri macam dalam gambar.

Itu lah rumah saya dan Abah. Orang labelkan rumah kami rumah ratusan ribu, sedangkan kos pembuatan sebenar mungkin tak cecah jumlah tu. Sebab semuanya kami buat sendiri. Bukan saya, Abah yang buat. Seingat saya, upah membuat bumbung hanya sekitar RM18 000.

Hingga kini, rumah kami megah berdiri. Saya panggil rumah ni rumah Taj Mahal, sebab ini bukti kasih sayang Abah kat kami. Bila sandar kat dinding rumah, terasa kasih sayang Abah terpancar kat kami sekeluarga.

See…!!!

Abah bukti semua manusia boleh berjaya.! Sesusah mana pun hidup kita, kita boleh ubah kehidupan kita kalau kita ada matlamat yang jelas dan semangat yang tinggi..!

Best ke best kalau boleh design rumah sendiri..? Terimakasih Abah.!


0 comments:

Post a Comment