Kisah Pakcik Penjual Aiskrim OSDA dan PhDnya (5 Gambar)

Kisah Pakcik Penjual Aiskrim OSDA dan PhDnya (5 Gambar)

Kisah Pakcik Penjual Aiskrim OSDA dan PhDnya (5 Gambar) | Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Aris Hazlan Ismail. Ketika beliau mengunjungi satu majlis perkahwinan di Taman Melati, beliau sempat bertegur sapa dengan seorang pakcik penjaja aiskrim. Pakcik itu dipanggil oleh tuan rumah untuk menyediakan aiskrim kepada para tetamu.

Dari perbualan beliau, dapatlah beliau tahu bahawa pakcik itu berasal dari Medan. Setiap hari beliau akan mengayuh basikal menjaja aiskrim di sekitar Taman Melati, Kuala Lumpur. Pakcik itu merupakan lulusan sarjana usuluddin dan mencari nafkah dengan menjual aiskrim untuk melengkapkan pengajian PhDnya di UM.

Pada usia 50 tahun, semangat menuntut ilmu pakcik ini sangat tinggi!

Jenama aiskrim pakcik ini ialah OSDA.


Apabila ditanya apa itu OSDA, jawab pakcik itu – Orang Sabar Disayangi Allah!

Allahurabbi...

Aiskrim pakcik ini memang terkenal di kawasan Taman Melati. Ini kerana aiskrim beliau dibuat sendiri – maka dari itu beliau berjaya menghasilkan aiskrim yang lembut dan creamy. Ramai yang memuji aiskrim beliau:



Dan dipuji kerana istiqamah beliau:



Beliau boleh dijumpai di:


Dan ini pesanan dari beliau:


“Ya Allah, satukanlah hati kedua pengantin baru ini.”

“Isteri adalah amanah Allah. Jangan sakiti hatinya.

Kami mendoakan kejayaan dunia akhirat buat pakcik ini. Dan kami doakan kejayaan beliau dalam PhDnya.

Sumber: Tuan Aris Hazlan Ismail, Puan Mek Yang, The Vocket

Kisah Pakcik Penjual Aiskrim OSDA dan PhDnya (5 Gambar) Kisah Pakcik Penjual Aiskrim OSDA dan PhDnya (5 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, December 21, 2014 Rating: 5

3 comments

  1. Bagus pakcik ni, orang marhalah saya, walau susah mengayuh basikal jua askrim, solat jemaah dia jaga.... nak jumpa datang masjid salahudin al ayubi taman melati gombak..

    ReplyDelete
  2. Pakcik.ni amat yakin sekali rezeki itu dtg dari Allah. Alhamdulillah. Allahu akbar

    ReplyDelete
  3. Sy dok tman melati. selalu nampak pakcik ni. Kenduri2 dekat area sini mesti ada dia. Lg 1 budak2 suka sangat beli kt pakcik ni.

    ReplyDelete