Jika Anda Pernah Menerima SMS " Is this your Photo" Sila Padam - SKMM

Jika Anda Pernah Menerima SMS " Is this your Photo" Sila Padam - SKMM

Jika Anda Pernah Menerima SMS " Is this your Photo" Sila Padam - SKMM | Kuala Lumpur : Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan URL perisian PhotoViewer.apk.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), SMS 'is this your photo' perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi malware.

Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.

"Apabila URL itu diklik, perisian itu akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.

"Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu," menurut SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.

"SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti seorang daripada kenalan anda yang sudah dijangkiti malware itu," menurut kenyataan itu. -Apahell


Jika Anda Pernah Menerima SMS " Is this your Photo" Sila Padam - SKMM Jika Anda Pernah Menerima SMS " Is this your Photo" Sila Padam - SKMM Reviewed by Unknown on Wednesday, December 31, 2014 Rating: 5

No comments