Saturday, November 01, 2014
RM 54K Lesap Ditipu Peniaga Online (2 Gambar)

RM 54K Lesap Ditipu Peniaga Online (2 Gambar) | Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi kelebihan kepada penjual.

Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman sosial Facebook.

Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli 21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri.

Menurut mangsa, mereka telah beberapa kali berjumpa dengan suspek dalam urusan jual beli iPhone6 pada kuantiti yang sedikit, malah ketika berjumpa suspek dikatakan enggan bergambar.

Bukan itu sahaja, merujuk kepada para komentar di laman Facebook Siakapkeli, masih ramai lagi yang telah ditipu oleh orang yang sama. Selain dari itu hasil dari carian google pada nama suspek juga menunjukkan perkara yang sama.


Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan individu yang menipunya. - Siakapkeli.com

Berikut adalah maklumat suspek:

Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472

Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:


0 comments:

Post a Comment