Friday, October 24, 2014
Sayu : Bekas Kekasih Datang Peluk Kekasih Di Majlis Perkahwinan (2 Gambar) | Sekeping gambar wanita yang datang peluk di majlis perkahwinan bekas kekasihnya telah menjadi viral di laman sosial terutamanya Facebook.

Ianya berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia dalam satu majlis perkahwinan seorang lelaki yang dikenali sebagai Rais yang berlangsung pada 17 Oktober yang lalu.

Antara yang turut hadir ke majlis perkahwinan itu adalah Risna iaitu bekas kekasih pengantin lelaki. Risna hadir ke majlis berkenaan di atas jemputan lelaki itu sendiri.

Sayu : Bekas Kekasih Datang Peluk Kekasih Di Majlis Perkahwinan (2 Gambar)

Risna tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu terus melangkah ke pelamin dan bersalaman dengan Rais sebelum memeluk bekas teman lelakinya itu di hadapan khalayak ramai termasuklah isteri Rais sendiri membuatkan orang ramai kaget seketika.

Tindakan Risna itu membuatkan suasana majlis menjadi kecoh seketika tetapi ada juga yang turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku di depan mata.

Rais dan Risna sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun, semenjak 2005. Dek kerana tiada jodoh, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain.

Keluarga Rais pernah menghantar rombongan meminang Risna untuk dijadikan isteri selepas bertahun-tahun menjalinkan ikatan cinta tetapi pinangan dari keluarga Rais itu ditolak mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan bermacam-macam alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais.

Foto Rais yang mengenakan pakaian adat bugis tengah mendekap mantannya yang menangis di depan istrinya tersebar di jejaring sosial.



0 comments:

Post a Comment