Wednesday, October 01, 2014
Pelajar Maut Jatuh Dari Siling Dewan Sekolah di Kangar

Pelajar Maut Jatuh Dari Siling Dewan Sekolah di Kangar | Kangar: Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini maut selepas terjatuh daripada siling dewan sekolah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, maut dengan kecederaan parah di bahagian muka akibat terjatuh daripada siling dewan setinggi 30 meter. 

Difahamkan, mangsa yang berseorangan ketika itu memanjat bahagian siling itu selepas memecah masuk pintu belakang dewan. 

Mangsa terjatuh dengan eadaan tertiarap di lantai dewan yang dijadikan tempat solat zohor bagi warga sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa berkata, mangsa hadir bagi dua kelas awalnya sebelum itu sebelum tidak hadir ke kelas selepas waktu rehat.

0 comments:

Post a Comment