Thursday, September 11, 2014
Soalan UPSR Bocor Lagi, Menteri Umum Exam Diadakan Semula (2 Gambar)

Soalan UPSR Bocor Lagi, Menteri Umum Exam Diadakan Semula (2 Gambar) | Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.


Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 yang didakwa akan keluar dalam peperiksaan sebenar hari ini.

Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor.

Tarikh baru ujian kertas itu ialah pada 30 September ini.


P/s: Kesian budak-budak yang tak dapat soalan tu, penat-penat perah otak, terpaksa exam lagi.. Malaun mana yang bocorkan tu.. tak amanah langsung..

Sumber

0 comments:

Post a Comment