Sayu: Luahan Guru Besar Sekolah Orang Asli

Sayu: Luahan Guru Besar Sekolah Orang Asli | KEBOCORAN soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memang menyusahkan ramai pihak sama ada pelajar, ibu bapa mahupun guru.guru. 

Perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib anak bangsa. 

Berikut adalah keluhan seorang guru besar di sekolah Orang Asli ekoran kebocoran tersebut. 

Sayu: Luahan Guru Besar Sekolah Orang Asli

Luahan melalui facebook jelas menunjukkan hanya kerana tindakan segelintir manusia yang mementing diri sendiri orang lain terpaksa menanggung beban yang amat berat.

"Sedih... apabila tengok nasib anak-anak murid aku bersama cikgu-cikgu yang sudah tiga malam berkampung kat sekolah. Tidur makan sekali dengan budak-budak.

Nasib sekolah Orang Asli yang tidak ada akses internet dipermainkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab semata-mata nak jaga band sekolah dan nak tunjuk kononnya dia hebat melahirkan murid yang dapat A.

"Kami tanpa sebarang akses habis wang ringgit bagi makan kat budak-budak selama empat hari. Bayangkan lah apabila jadi begini (soalan bocor). Kena tangguh exam (UPSR). Nak panggil budak-budak hadir untuk hadir peperiksaan terpaksa kena kepung, berkampung.. Kalau tidak, alamatnya akan ada calon yang tidak hadir peperiksaan sebab duduk dalam hutan.

"Kena keluar duit lagi. Harapkan ibu bapa Orang Asli tidak mungkin, dengan keadaan sosio ekonomi mereka. Bila mereka (murid-murid) tidak hadir peperiksaan kena jawab pula dekat Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri kenapa kami tidak boleh bawa budak-budak ambil peperiksaan. Haru..haru..."

Sayu: Luahan Guru Besar Sekolah Orang Asli Sayu: Luahan Guru Besar Sekolah Orang Asli Reviewed by Unknown on Friday, September 12, 2014 Rating: 5

No comments