Wednesday, September 10, 2014
1

Peraturan JPJ 2014


Peraturan Baru Lampu Kereta Berkuatkuasa 1 Oktober 2014 - Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.


Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ

  > Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  > Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga)                pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  > Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian                      hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.

Tarikh Berkuatkuasa: Mulai 1 Oktober 2014

Kadar Kompaun Saman: Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan

1 comments: