Thursday, September 11, 2014
UiTM


Penuntut Perempuan UiTM Parah Ditikam 5 Kali - Alor Gajah: Seorang penuntut perempuan UiTM berusia 20 tahun parah ditikam penjenayah dalam kejadian samun di rumah sewanya di Lendu, Alor Gajah pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa yang menuntut di tahun akhir ditikam sebanyak lima kali di bahagian dada selepas berlaku pergelutan dengan suspek yang menceroboh masuk rumahnya di tingkat satu sebuah apartmen.

Difahamkan, gadis itu tidur bersendirian dalam sebuah bilik sebelum seorang lelaki tidak dikenali memanjat dari belakang bilik dan masuk ke dalam rumah sebelum disedari mangsa. 

Berlaku pergelutan antara mangsa menyebabkan suspek berang sebelum menikamnya bertubi-tubi di dada sebelum melarikan diri bersama sejumlah wang dan kunci kereta.

Mangsa yang parah di dada sempat meminta pertolongan rakan sebilik sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Polis dikatakan sudah mengenalpasti suspek berdasarkan kepada penemuan kunci kereta yang dicuri di sebuah rumah berdekatan dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dilakukan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdulah mengesahkan kejadian. -Hmetro

0 comments:

Post a Comment