Sunday, September 14, 2014
Pengawal Keselamatan Warga Asing Mati Disembelih | Kapar: Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang baru tiba ke asrama penginapan selepas sarapan terkejut menemui rakan senegaranya tertiarap dengan kesan kelar di leher di sebuah flat di Jalan Haji Abdul Manan, Meru dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Yam Bahadur Singh Thapa, 40, juga seorang pengawal keselamatan ditemui berlumuran darah di atas katil. 

Pengawal Keselamatan Warga Asing Mati Disembelih Yam Bahadur Singh Thapa

MAYAT mangsa ditemui berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian, mangsa bangun daripada tidur jam 6.30 pagi ketika rakan serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja di kawasan perindustrian berhampiran. 

“Seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Mahendara, 30-an, pulang ke asrama selepas selesai bertugas jam 8 pagi namun mendapati mangsa tiada di bilik.

“Mahendra keluar semula untuk bersarapan sebelum pulang jam 10 pagi. Dia terkejut apabila menemui mangsa tertiarap di atas katil dengan kesan kelar pada leher.-Hmetro

0 comments:

Post a Comment