Wednesday, September 03, 2014
MH17


Luahan Hati Keluarga Mangsa MH17: Insiden Tumbuk Jurugambar NST - Seorang ahli keluarga mangsa MH17 yang berada di tempat insiden jurugambar NST di tumbuk meluahkan perasaan beliau di Facebook peribadi beliau. Saudara Suthan Mookaiah mengulas kejadian tumbuk itu dan mendakwa para wartawan dan jurugambar langsung tidak mengendahkan permintaan mereka. Baca luahan hati beliau:


MH17: Saya disana hari ini. Pihak media telah di beritahu untuk tidak cover event melalui Mas, Nirvana serta ahli keluarga sebelum isu ini berlaku- tetapi mereka tetap mengendahkan dan meneruskan mengambil gambar dan video.

Saya ulang- Berulangkali mereka telah diberitahu. Malah sudah dinasihat sejak sekian lama termasuk semalam ( lihat fb saya untuk bukti, dan juga ahli keluarga lain) ...

Di Nirvana, pintu depan disekat, pintu belakang mereka masuk- Menuding lensa kearah kereta jenazah dan ahli keluarga lain. Darah siapa yang tidak membuak, apabila orang tidak mendengar berkali-kali, malah ingin memorialisasikan gambar kematian jenazah keluarga tercinta tanpa mengira sentimen dan hati ahli keluarga untuk khalayak umum secara global. Tidak cukupkah gambar aib mayat MH17 yang telah anda lihat selama ini??

Tidak bolehkah, keluarga mangsa meratapi anak dan keluarga mereka tanpa puluhan kamera kamera?? Sukakah anda sekiranya jika ada kematian berlaku dikeluarga anda, dan tiba-tiba puluhan kamera membanjiri rumah anda dan ber'share' gambar untuk kpentingan peribadi mereka sendiri?

Sejak awal lagi, keluarga ini tidak pernah meminta coretan media. Sebarang penulisan tidak pernah keluar dari keluarga (hanya rakan taulan dan kawan sekerja) . Mereka juga telah berulang kali meminta privasi mereka dipentingkan-dan ini telah disalurkan secara official dan 'black and white' kepada pihak kerajaan, MAS, dan Nirvana. Malah, semalam juga, kerajaan dan MAS tersilap langkah apabila mengedarkan maklumat peribadi alamat mereka walaupun berulang kali diminta untuk tidak berbuat demikian. Kesabaran mereka juga ada batasnya..

Jadi salah kan pengamal media yang tidak tahu adap, yang tidak menghormati permintaaan keluarga untuk meratapi ahli keluarga mereka yang tersayang. Ini masa mereka yang terakhir.

Ini bukan isu perkauman untuk disensasikan, ataupun isu politik... ini isu pengebumian 3 orang yang mempunyai keluarga ter sayang- yang telah ditolak ke batas maksima oleh media yang lebih mahu berita sensasi dari menghormati keseriusan majlis pengebumian ini.

Saya ulang apa yang saya beritahu semalam. #RespectMH17 bukan hanya dari sisip nukilan FB anda, tetapi juga teladani melalui tindakan dan kesedaran untuk meghormati mereka yang telah pergi.


0 comments:

Post a Comment