Wednesday, September 10, 2014

Lelaki Bunuh Anjing Dalam Mesin Basuh di Hong Kong (5 Gambar) | Hong Kong: Polis semalam melancarkan siasatan berhubung kes penderaan haiwan selepas seorang lelaki memuat naik gambar ke Internet yang menunjukkan dia membunuh seekor anjing dengan memerangkapnya di dalam mesin basuh.

Gambar itu yang dimuatnaik oleh lelaki yang menamakan dirinya Jacky Lo menunjukkan seekor anjing kecil cuba memanjat keluar dari mesin basuh itu sementara satu lagi menunjukkan haiwan berkenaan bergelut untuk mengelak dirinya daripada lemas ketika mesin itu berpusing.


‘Lo’ berkata dia memuat naik gambar itu untuk menunjukkan ‘cara paling pantas untuk memandikan anjing.’

Menjawab satu soalan oleh seorang pengguna yang bertanya sama ada dia membunuh haiwan itu, ‘Lo’ menjawab dalam ruang komen di bawah gambar itu: “Ya. Ia sudah mati. Anda mahu melihatnya?”

Hampir 20,000 pengguna Internet di Hong Kong menandatangani petisyen menerusi online menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu. - Agensi




Sumber

0 comments:

Post a Comment