Tuesday, September 16, 2014
Lelaki Afrika Disyaki Dijangkiti EBola di Kuching | Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan seorang lelaki warga Afrika dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, kira-kira 12 tengah malam tadi. (15/09/2014)

Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, lelaki terbabit yang mengalami demam panas dirujuk ke HUS oleh Hospital Pakar KPJ, tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan kesihatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya. 

Lelaki Afrika Disyaki Dijangkiti EBola di Kuching

LELAKI Afrika disyaki dijangkiti Ebola dikurantin di Hospital Umum Sarawak untuk pemantauan rapi.

"Setakat ini kita hanya mengesyaki lelaki itu mungkin dijangkiti Ebola kerana dia mengalami demam panas yang teruk tetapi tiada pengesahan lagi setakat ini. 

"Doktor pakar HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Katanya lagi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil pemantauan terhadap lelaki terbabit. 

Difahamkan, lelaki afrika terbabit adalah penuntut di sebuah universiti di negeri ini. Wabak Ebola yang melanda negara-negara barat Afrika telah meragut lebih 2,000 nyawa tahun ini. -HMetro

P/s : Hati-hati berada di public..

0 comments:

Post a Comment