Sunday, September 07, 2014
Berita Palsu Biskut "Baby Bites" Diperbuat Daripada Plastik (7 Gambar)

Berita Palsu Biskut "Baby Bites" Diperbuat Daripada Plastik (7 Gambar) | Berita palsu jenama biskut Baby Bites dibakar dan diperbuat daripada bahan plastik. Menerusi laman sosial, kini kecoh apabila biskut jenama Baby Bites didakwa diperbuat daripada bahan plastik. Ini susulan beberapa pengguna telah membakar biskut jenama Baby Bites lalu api menyala pada biskut tersebut.


Untuk info, teori makanan mudah terbakar dan diyakini diperbuat daripada plastik adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Kesemua jenis makanan kering yang diperbuat daripada karbohidrat mahupun kanji adalah lebih mudah terbakar kerana sifat bahan itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan bahan plastik.


Kesimpulannya, semua snek ringan termasuk semua jenama biskut yang berada dipasaran memang mudah terbakar apabila dihalakan dengan api.

Gambar Bukti Jenama Biskut Lain Pun Mudah Terbakar

Selain jenama biskut baby bites,semua  jenama biskut lain pun mudah terbakar. Diharap berita palsu mengenai biskut diperbuat daripada plastik tidak lagi mengundang kontroversi dan menimbulkan kerisauan dikalangan pengguna.



Melvister.com

0 comments:

Post a Comment