Wednesday, September 03, 2014
Bangkai Tikus Dalam Pek Minuman Bercoklat | Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas mendakwa minuman bercoklat yang dibeli dari sebuah pasar raya hujung bulan lalu mengandungi bangkai disyaki tikus selepas anaknya mengadu sakit perut.

Mohamad Hashim, 64, dari Kampung Sungai Petai di sini, berkata, dia sekeluarga tidak menyangka minuman berperisa coklat dinikmati ahli keluarganya itu dipercayai mengandungi bangkai tikus. 

Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bangkai dipercayai tikus dalam kotak minuman itu selepas anaknya, Hishamudin, 9, mengadu sakit perut ketika mahu ke sekolah jam 7 pagi semalam. 

Katanya, bangkai tikus sepanjang empat sentimeter itu terkeluar daripada gumpalan serbuk minuman yang hampir keras ketika isterinya Siti Noraishah Kassim, 45, mahu mencedok menggunakan sudu.

Bangkai Tikus Dalam Pek Minuman Bercoklat

MOHAMAD menunjukkan rangka tikus yang ditemui dalam pek minuman bercoklat yang dibeli hujung bulan lalu.

“Saya beli pek minuman itu di sebuah pasar raya di Masjid Tanah awal bulan lalu. Pagi tadi (semalam) isteri mengadu bau busuk apabila membuka bekas berisi minuman itu, namun saya tidak menghiraukannya kerana bersiap menghantar anak bongsu ke sekolah.- HarianMetro

0 comments:

Post a Comment