Wednesday, September 03, 2014
Anggota Lengkap Berpakaian Mati Tergantung

Anggota Lengkap Berpakaian Mati Tergantung | Kuala Lumpur – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan ditemui mati di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju awal pagi ini.

Menurut laporan, mayat mangsa ditemui oleh seorang anggota tentera berpangkat koperal daripada cawangan selenggaraan yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan rumah kosong di kawasan tersebut.


Mangsa dikenali sebagai Zuraidi Mohamad berusia sekitar 30-an, masih lengkap berpakaian uniform ketika ditemui tergantung di siling ruang tamu rumah tersebut.

Saksi kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan siasatan awal mendapati mangsa bertugas di Kem Sungai Besi.

Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis. -Suara TV

0 comments:

Post a Comment