Tsunami: Jumpa Balik Dengan Anak Setelah 10 Tahun Terpisah

tsunami

Tsunami: Jumpa Balik Dengan Anak Setelah 10 Tahun Terpisah - Seorang wanita Indonesia, Jamaliah, 42, akhirnya berjaya menemui semula anak perempuannya yang terpisah sejak 10 tahun lalu.

Anaknya, Raudhatul Jannah yang kini berusia 14 tahun, terpisah dengan keluarganya selepas tragedi tsunami yang melanda kediaman mereka pada tahun 2004.

Jannah yang ketika itu berumur empat tahun serta abangnya, 7, hanya berpaut pada papan kayu dalam kejadian malang itu yang mana mereka terpisah dan langsung tidak bertemu selepas itu.

Jamaliah dan suaminya membuat andaian kedua-dua anak mereka sudah meninggal dunia selepas operasi mencari dan menyelamat anaknya yang dijalankan selama sebulan tidak mendatangkan hasil pada ketika itu.

Jannah dipercayai diselamatkan oleh seorang nelayan yang kemudiannya menyerahkan gadis tersebut kepada ibunya untuk dijaga.

Pertemuan semula Jamaliah dengan Jannah bermula apabila adik lelaki kepada Jamaliah terserempak dengan seorang kanak-kanak yang wajahnya seiras dengan anak saudaranya yang sudah lama hilang.

Jadi, dari situ, adik Jamaliah berusaha mengenal pasti kanak-kanak itu dan akhirnya memang sah itu adalah anak kepada kakaknya yang disangkakan sudah meninggal dunia.

Jannah yang dipanggil Wenni oleh keluarga angkatnya dilapor mengalami masalah dalam pembelajarannya disebabkan trauma dengan kejadian tsunami.

Walau bagaimanapun khabar berita mengenai abangnya yang turut hilang masih tidak diketahui sehingga kini.

Tragedi tersebut telah mengorbankan sebanyak 230,000 mangsa dari 14 negara, termasuk 170,000 daripada Aceh. – MYNEWSHUB.MY

tsunami

tsunami

Tsunami: Jumpa Balik Dengan Anak Setelah 10 Tahun Terpisah Tsunami: Jumpa Balik Dengan Anak Setelah 10 Tahun Terpisah Reviewed by Unknown on Saturday, August 09, 2014 Rating: 5

No comments