Buah Pic Pakai Celana Laris Di Pasaran

Buah Pic


Buah Pic Pakai Celana Laris Di Pasaran - Nanjing – Seorang penjual buah mempunyai cara tersendiri untuk melarikan buah pic yang dijualnya iaitu dengan memakaikan buah berkenaan celana dalam wanita.

Menurut Yao Yuan, dia mendapat idea berkenaan selepas mendapati terdapat persamaan antara buah pic dengan punggung wanita.

“Buah pic dan punggung wanita kelihatan sama, jadi saya berpendapat apa salahnya jika saya mencuba.

“Ia bukannya sesuatu yang dilakukan oleh orang lain,’’ katanya.

Yuan telah mengupah sebuah syarikat membuat celana dalam wanita untuk menghasilkan celana kecil dan kemudian meletakkannya pada buah pic berkenaan.

“Syarikat yang membekalkan celana ini juga menghasilkan seluar dalam untuk pekerja terkenal di seluruh dunia,’’ katanya.

Jelasnya, bukan sesuatu yang memalukan untuk menjual buah pic berkenaan malah dia mendapat permintaan daripada seorang pelanggan yang mahu sembilan buah pic dengan diletakkan celana berenda dan rantai serta kunci.


p/s- Aduhhaiii..macam-macam la.. segan nak beli.. 
Buah Pic Pakai Celana Laris Di Pasaran Buah Pic Pakai Celana Laris Di Pasaran Reviewed by Unknown on Sunday, August 03, 2014 Rating: 5

No comments