Tergamak Tipu Anak Yatim Anjur Berbuka Puasa

Tergamak Tipu Anak Yatim Anjur Berbuka Puasa

Tergamak Tipu Anak Yatim Anjur Berbuka Puasa | Seramai 75 kanak-kanak keluarga kurang berkemampuan termasuk 20 anak yatim dan lapan pengiring dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor terpedaya dengan janji seorang lelaki yang kononnya mahu menganjur majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan di Hotel Berjaya Waterfront di sini, semalam.

Lelaki dikenali sebagai Faiz itu didakwa menghubungi surau kampung berkenaan pada 21 Julai. 

Lelaki berkenaan mengaku sebagai orang tengah bagi menganjurkan majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa tajaan hotel berkenaan.

Selepas berasakan diperdaya, pengiring mereka bertindak membuat laporan polis selepas gagal menghubungi lelaki berkenaan selepas tiba di hotel itu bersama kanak-kanak terbabit dengan bas sewa khas jam 3 petang.

SEBAHAGIAN kanak-kanak yang ditipu. FOTO Zain Ahmed

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan polis berkenaan.

Menurutnya, pihaknya merujuk siasatan kes berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak.

"Siasatan awal dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Usaha untuk mengenal pasti lelaki yang didakwa memperdayakan mereka sedang dijalankan," katanya. -MyMetro

Tergamak Tipu Anak Yatim Anjur Berbuka Puasa Tergamak Tipu Anak Yatim Anjur Berbuka Puasa Reviewed by Unknown on Thursday, July 24, 2014 Rating: 5

2 comments

  1. Anonymous25 July, 2014

    anak YATIM pun nak tipu..bulan2 pose ni.. ;( ape la ade dlm kepala otak PENIPU ni? Xde perasaan langsung ke? mesti sedih..kecewa.. bebudak tu..

    ReplyDelete
  2. setan iblis x ada ht perut

    ReplyDelete