Pesawat TransAsia Airways Pula Terhempas, 42 Maut (6 Gambar)

Pesawat TransAsia Airways Pula Terhempas, 42 Maut (6 Gambar)

Pesawat TransAsia Airways Pula Terhempas, 42 Maut (6 Gambar) | TAIPEI: Sekurang-kurangnya 42 maut apabila pesawat TransAsia Airways penerbangan GE222 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal terhempas di atas sebuah rumah berhampiran lapangan terbang Magong di Pulau Penghu, Taiwan pada Rabu.

Menurut laporan AFP, saksi dan media tempatan berkata pesawat terbabit terhempas ekoran cuaca buruk setelah beberapa kali cuba membuat pendaratan.

Pesawat TransAsia Airways Pula Terhempas, 42 Maut (6 Gambar)

Pesawat jenis ATR 72-500 dengan dwi kipas turbo itu sedang dalam perjalanan dari bandar barat daya Kaohsiung menuju ke kepualauan terbabit setelah ditunda kerana cuaca buruk ekoran Taufan Matmo yang membadai Taiwan.

"Kami telah menemui 42 mayat dan beberapa cebisan bahagian badan,” ujar seorang pegawai bernama Tsai dari jabatan bomba daerah terbabit kepada AFP.


"Terdapat 58 orang di dalam pesawat termasuk empat anak kapal, empat kanak-kanak dan sehingga kini, mengikut maklumat yang ada, 12 cedera dan telah dihantar ke hospital manakala 46 masih hilang,” menurut Menteri Pengangkutan Yeh Kuang-shih yang bercakap kepada pemberita pada awal kejadian.

Tambah Yeh, dua warganegara Perancis dilaporkan berada di dalam pesawat dan kedutaan de facto Perancis telah pun dimaklumkan. -AstroAwani




Pesawat TransAsia Airways Pula Terhempas, 42 Maut (6 Gambar) Pesawat TransAsia Airways Pula Terhempas, 42 Maut (6 Gambar) Reviewed by Unknown on Thursday, July 24, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. macam bermusim la pulak kemalangan melibatkan kapal terbang skrg ni..

    ReplyDelete