Maut Lepas Makan Pulut Panggang Bazar Ramadhan
Maut Lepas Makan Pulut Panggang Bazar Ramadhan | Kuala Pilah: “Selepas makan kuih itu (pulut panggang) mangsa pergi ke singki sebelum saya terdengar dia batuk beberapa kali lalu rebah ke lantai,” kata pekerja restoran N Jegan, 22, mengenai kejadian seorang pelanggan lelaki meninggal dunia secara tiba-tiba di sebuah restoran di pekan ini, petang kelmarin.
Kejadian mengejutkan itu berlaku jam 4 petang dan sebelum itu mangsa, Tee Wan Ka, 65, dikatakan datang ke restoran untuk makan kuih pulut panggang dibelinya di bazar Ramadan berhampiran.
Jegan berkata, dia perasan selepas makan kuih itu, Tee bangun menuju ke sinki yang terletak di penjuru belakang kedai untuk mencuci tangan.
“Beberapa pelanggan di dalam restoran cuba membantu dan selepas melihat keadaannya yang sudah tidak bergerak, seorang daripada mereka menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bantuan,” katanya.
Katanya, mangsa disahkan mangsa meninggal dunia oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian pada jam 4.30 petang dan mayatnya dibawa ke HTAN.
Menurut Jegan, rumah Tee terletak 50 meter dari restoran dan dia sering datang ke restoran itu untuk minum teh terutama pada waktu petang.
“Seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang ditemui, beritahu Tee menghidap penyakit kanser kerongkong dan ini kemungkinan punca kematiannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, polis tidak melakukan siasatan berikutan mangsa mempunyai rekod menghidap penyakit kanser kerongkong dan perkara itu disahkan keluarganya.
“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. - Harian Metro
Foto : mymediahubonline
Maut Lepas Makan Pulut Panggang Bazar Ramadhan
Reviewed by Unknown
on
Thursday, July 10, 2014
Rating:
No comments