Korban Mercun Bola di Aidilfitri

Korban Mercun Bola di Aidilfitri

Korban Mercun Bola di Aidilfitri  | Simpang Renggam: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut terkena mercun bola yang dibaling sekumpulan kanak-kanak lain di Kampung Ithnin Maarof di sini, pada Hari Raya Pertama.

Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman, 2, maut dipercayai selepas mengalami kecederaan di dada, tangan kiri, muka dan bahagian dalaman. 

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa bersama bapanya, Abdul Rahman Endot, 43, menyertai kumpulan marhaban dengan penduduk kampung.

Sebaik berhenti motosikal di hadapan sebuah rumah yang menantikan kunjungan kumpulan marhaban berkenaan, sebiji mercun bola jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang dan meletup di hadapan dua beranak itu. 

Letupan itu menyebabkan mangsa cedera dan terkulai sebelum bapanya bergegas mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam dan kemudiannya dirujuk ke hospital.Hmetro

Korban Mercun Bola di Aidilfitri Korban Mercun Bola di Aidilfitri Reviewed by Unknown on Wednesday, July 30, 2014 Rating: 5

No comments