Tuesday, July 08, 2014
12

Habiskan Wang Pampasan Suami (RM2.3 Juta) Dalam Masa 2 Tahun Sahaja (4 Gambar) | Berikutan kematian suaminya ketika sedang bekerja dua tahun lalu, seorang wanita, Pusparani Mohan, 34, telah menerima pampasan daripada majikan suaminya serta wang insurans yang secara keseluruhannya berjumlah hampir USD 1 juta (RM3.2 juta). Namun, apa yang dikesalkannya kini wang pampasan tersebut sudah habis dibelanjakan hanya dalam tempoh masa selama dua tahun sahaja.

Sehubungan itu, Pusparani kini sedang dalam usaha untuk mencari pekerjaan semula demi menyara kehidupannya dan empat cahaya mata yang kini menetap di Skudai, Johor. Selepas mendapat pampasan tersebut, Pusparani telah berhenti kerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Changi, Singapura, di mana mendiang suaminya, Chandra Mogan Panjanathan juga bekerja di situ sebelum ini.


“Saya telah melakukan kesilapan. Orang tahu saya banyak duit ketika itu dan ramai datang kepada saya pada masa itu. Sepanjang masa itu, saya tidak membeli rumah dan menghabiskan wang untuk kegunaan anak saya dan ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak,” katanya memetik The Sunday Times.

Menurut Pusparani, dia memberikan sedikit wang pampasan tersebut kepada keluarga terdekatnya yang tinggal di Kedah dan selebihnya menggunakannya dengan bercuti di Genting Highlands bersama keluarga.


Selain itu, dia juga mengeluarkan USD400 ribu (RM1.2 juta) untuk membantu perniagaan pengangkutan yang dijalankan oleh abangnya. Namun perniagaan tersebut akhirnya melingkup dalam masa empat bulan.

Demi menampung kehidupan mereka sekeluarga, Pusparani kini bekerja sebagai kerani akaun di Johor Bahru dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Pusparani juga menyewa sebuah rumah teres dua tingkat yang mana sewanya dibayar oleh majikannya yang bersimpati dengan nasibnya.


Mereka lima sekeluarga tidur di atas dua tilam lama sementara dilonggokan di lantai bilik kerana tidak mampu membeli almari untuk menyimpan kesemua pakaian-pakaian tersebut. Pusparani juga terfikir untuk kembali bekerja di Singapura kerana berasakan gajinya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.


P/s : Moga menjadi pengajaran berguna kepada anda semua..

Sumber: Aans1

12 comments:

  1. Anonymous08 July, 2014

    Macam ini pun ada....

    ReplyDelete
  2. Anonymous08 July, 2014

    Padan muke...bodoh sgt....

    ReplyDelete
  3. Kalo aku la..labur dlm saham..beli rmh,bli tanah..adui

    ReplyDelete
  4. Anonymous08 July, 2014

    klu duit beli tanah bt umah sewa xpyh kja seumur hidup pon xpa dah..

    ReplyDelete
  5. Anonymous09 July, 2014

    Semua org kena ada ilmu ttg cara2 nak urus duit.

    ReplyDelete
  6. Anonymous09 July, 2014

    keje kerani akaun..tp akaun sndiri tak terurus..yg sedara mara pn taw org ni ade duit semua dtg mintak..yg die ni murah ati sgt smpai sggup bg lebih sejuta yg hangus begitu je..

    ReplyDelete
  7. Bodo btul abg dia buat bisnes, dah bg top up modal rm1.2 juta boleh lingkup dlm 4 bulan je?? Ntah2 abis masuk poket kot. Sekurang2nya beli la rumah sebijik utk diri sdiri. Apa laaaaaaaa!!!! Mmg bengong thp cipan

    ReplyDelete
  8. nk kene simpati ke org mcm ni

    ReplyDelete
  9. Anonymous09 July, 2014

    pernah jadi pada kawan...
    dapat duit saguhati pencen, mula la saudara-mara datang minta tolong...ada yang hutang along minta tolong settlekan...

    tapi bila saudara tersebut dapat duit pencen, kawan nk pinjam sikit memang tak dapat la...

    ReplyDelete
  10. Anonymous09 July, 2014

    Duit yg dpt sekira tiada berakah begitulah akhir nya. Buat peringatan

    ReplyDelete
  11. Kalau sy dapat duit banyak tu..sy beli rumab dgn tanah selagi cukup..pastu rolling duit dgn sewa kan kat org.. xyah keje..

    ReplyDelete