5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin Kepada Pemuda & Pemudi

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin Keada Pemuda & Pemudi

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin Kepada Pemuda & Pemudi | Siapa yang tidak kenal dengan tokoh yang memperjuangkan umat Islam di Palestin, beliau sangat dihormati oleh rakyat Palestin kerana seorang yang warak dan merendah diri. Beliau juga antara pengerak utama penubuhan HAMAS. Semasa mudanya beliau telah lumpuh tetapi tidak menghalangnya aktif dalam kegiatan memperjuangkan Islam. Setelah berbagai dugaan dan rintangan yang dihadapinya daripada pihak Zionis, beliau akhirnya menemui Syahidnya pada 22 / 3 / 2004, zionis sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Dan ini adalah antara wasiat atau pesanannya kepada pemuda dan pemudi seluruh dunia..

1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.  Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin Kepada Pemuda & Pemudi 5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin Kepada Pemuda & Pemudi Reviewed by Unknown on Friday, July 25, 2014 Rating: 5

No comments