MH370 : Tender Terbuka Pencarian Pesawat Dasar Laut Dibuka

MH370 : Tender Terbuka Pencarian Pesawat Dasar Laut Dibuka | 4 JUN : Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian dasar laut untuk mengesan pesawat MH370 mulai Ogos tahun ini.

MH370 : Tender Terbuka Pencarian Pesawat Dasat Laut Dibuka

MH370 : Tender Terbuka Pencarian Pesawat Dasat Laut Dibuka | Biro itu dalam kenyataan akhbar berkata, syarikat yang pakar akan diambil sebagai kontraktor utama di bawah arahan ATSB bagi melaksanakan pencarian berkenaan yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan bergantung kepada keadaan cuaca.

Salinan tawaran tender terbuka itu boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au. di mana tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.

“Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi,” katanya.

ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat.

Katanya, kawasan pencarian yang tetap sedang dibuat oleh kumpulan kerja strategik antarabangsa dan akan dimuktamadkan dalam tempoh dua atau tiga minggu.

Katanya, kawasan pencarian yang tetap sedang dibuat oleh kumpulan kerja strategik antarabangsa dan akan dimuktamadkan dalam tempoh antara dua atau tiga minggu lagi. – bnbbc.my

MH370 : Tender Terbuka Pencarian Pesawat Dasar Laut Dibuka MH370 : Tender Terbuka Pencarian Pesawat Dasar Laut Dibuka Reviewed by Unknown on Wednesday, June 04, 2014 Rating: 5

No comments