Kes Culik Kanak-Kanak Di Ampang





KES PERTAMA

Dua hari lepas mungkin ada menerima satu whatsapp mengenai kes cubaan culik kanak-kanak di lembah Klang.

Modus operandi suspek adalah memasuki taman perumahan pada waktu kerja dengan menaiki van warna putih. Sasaran suspek adalah kanak-kanak yang bermain depan rumah.

Suspek akan memberitahu kanak-kanak ibu atau ayah terlibat dalam kemalangan dan ingin membawa kanak-kanak pergi ke hospital. Jika ada penjaga yang bodoh dan tidak berhati-hati, kanak-kanak akan dapat dibawa lari.

Oleh itu diharap penjaga seperti  pengasuh tidak senang-senang melepaskan kanak-kanak di bawah tanggungjawab mereka kepada orang yang tidak dikenali, walaupun mereka membawa surat kuasa. Sila telefon dahulu ibu atau bapa kanak-kanak untuk kepastian.

Jika betul ibu dan bapa kanak-kanak sudah meninggal dunia, pegawai kebajikan masyarakat diiringi pegawai polis akan datang untuk mengambil kanak-kanak sementara mencari waris terdekat.

KES KEDUA

Kes ini lagi dasyat kerana suspek terus hendak menarik tangan kanak-kanak masuk ke dalam van. Anda boleh baca laporan polis di atas yang dibuat oleh si bapa.

Saya rasa suspek dalam kes ini adalah orang yang sama dengan kes pertama tadi. Mungkin kerana terdesak, suspek cuba menculik dengan cara kasar. Mujur ada si abang yang cerdik.

Mungkinkah ini dia "serial rapist" atau perogol bersiri kanak-kanak kes sensasi dahulu yang membunuh kanak-kanak dan menyumbat mayat mangsa dalam beg? Mungkinkah mereka berdua sudah kembali mengganas.

Mengikut laporan psikologi kebanyakkan perogol bersiri ini adalah lelaki normal, bekerja dan kekadang mempunya keluarga. Tetapi apabila sampai masa tertentu mereka akan mendapat gerak hati atau naluri pelik untuk merogol atau membunuh. Mengikut statistik pula, kebanyakkan "unsolved case" atau kes belum selesai ini tidak dapat dirungkai kerana suspek mungkin bekerjasama, iaitu  terdapat lebih daripada seorang suspek.

Trending Malaysia berharap pihak berkuasa dapat membuka semula kertas siasatan dan juga meningkatkan rondaan di kawasan terlibat.

Sekali lagi dinasihatkan supaya ibu bapa mengingatkan anak-anak jangan bercakap dan ambil makanan atau minuman daripada orang yang tidak dikenali. 

Mari kita berdoa agar keluarga kita dan mereka yang tersayang selamat.

Sumber: Trending Malaysia

Kes Culik Kanak-Kanak Di Ampang Kes Culik Kanak-Kanak Di Ampang Reviewed by Unknown on Saturday, June 14, 2014 Rating: 5

No comments