Biodata Nabil Pelakon Iklan Kitkat Meninggal Dunia

Biodata Nabil Pelakon Iklan Kitkat Meninggal Dunia - Nabil Abdul yang terkenal dengan siaran iklan Kit Kat yang turut digandingkan bersama M.Nasir telah menghembuskan nafas terakhir pada selasa 17 Jun 2014. Allahyarham meninggal akibat kanser lymphoma kira-kira jam 10.30 pagi di Hospital Ampang. Difahamkan jenazah Nabil Abdul telah dikebumikan di kampung halamannya di Kulim, Kedah pada hari yang sama.

Nabil Abdul


Kanser Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan daripada sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang serta saluran yang menghubungi dipanggil limfatik atau saluran limfa. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut. 

15% barah daripada kalangan kanak-kanak adalah lymphoma. Ianya jarang terdapat dikalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini daripada kanak-kanak perempuan. 

Berikut adalah biodata Allahyarham Nabil Abdul 

Nama Penuh: Nabil Abdul

Umur: 29 Tahun

Asal: Kulim Kedah

Status: Adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam

Profil Instagram: http://instagram.com/nabil_abdul

Diagnosis Penyakit: Kanser Lymphoma sejak umur 21 Tahun

Tarikh Meninggal Dunia: 17 Jun 2014 (10.30 pagi di Hospital Ampang)

Lakonan/ Kareer: Popular menerusi iklan Kit Kat bersama M.Nasir, Lembuku Ben TV2, Jihan Nak Buat Rumah Terbuka (Astro)

Nabil Abdul


Nabil Abdul


Nabil Abdul

 al fatihah untuk allahyarham Nabil Abdul. Semoga roh dicucuri rahmat.
salam takziah buat keluarga allahyarham.
Biodata Nabil Pelakon Iklan Kitkat Meninggal Dunia Biodata Nabil Pelakon Iklan Kitkat Meninggal Dunia Reviewed by Unknown on Wednesday, June 18, 2014 Rating: 5

No comments