Air Asia Tiada Hati Perut, Penumpang Tidak Sempat Ziarah Arwah Bapa (Video + Gambar)
Air Asia Tiada Hati Perut, Penumpang Tidak Sempat Ziarah Arwah Bapa (Video + Gambar) | Kami ada berkongsi satu video di Facebook berkenaan seorang lelaki yang melakukan Pictorama tentang nasib malang yang menimpa nasib dirinya dan keluarga. Kisah ini bermula apabila sepasang suami isteri dan anak bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan ke Malaysia setelah mendapat berita tentang kematian ayahanda mereka di Kuala Terengganu. Boleh tonton video di bawah
Wanita yang sedang mengandung ini dan keluarganya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menaiki penerbangan dari Busan ke Seoul dan kemudiannya melalui penerbangan memenatkan selama 5 jam bersama Malaysia Airlines (MAS) dari Seoul ke Malaysia. Apapun untuk penerbangan mereka seterusnya dari dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu bersama Air Asia, mereka telah 'dihalau' oleh Air Asia kerana wanita terbabit dikatakan sedang mengandung 7 bulan.
Timbul persoalan dari pengguna Facebook mengapa mereka dibenarkan oleh Malaysia Airlines untuk terbang selama 5 jam dari Seoul ke Kuala Lumpur tetapi dihalang untuk penerbangan 40 minit dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu oleh Air Asia atas sebab kecemasan?
Hilwati Hashim yang dipercayai perakaman video keluarga berkenaan menulis di Facebooknya;
Happening at KLIA 2 right now. Pregnant wife with husband and son denied flight from KL to KT because of her pregnancy. But she was already travelling from busan to seoul to KL without a problem.
Reason given: no letter, medical check up etc. Her father passed away yesterday evening and it was an emergency flight to come back home for the funeral. A reasonable human being will understand that there's no time to sort all that out.
Wow airasia!! This is a new level of LOW!
Seorang pengguna Facebook bernama Anuar Ahmad pula menulis satu kenyataan yang menggambarkan rasa kekecewaan yang dirasakannya atas apa yang telah berlaku kepada keluarga tersebut.
Kami merasakan banyak perkara yang perlu dijelaskan oleh pihak Air Asia atas apa yang telah berlaku ini agar dapat difahami dan dimengerti orang ramai tentang apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa hak mereka dinafikan. Apapun kita semua sudah sedia maklum akan undang-undang yang perlu dipatuhi anak kapal Air Asia atau seharusnya mereka perlulah ada sifat bertolak-ansur untuk kes kecemasan seperti ini? Tak sabar nak tunggu maklumbalas dari Air Asia.
Air Asia Tiada Hati Perut, Penumpang Tidak Sempat Ziarah Arwah Bapa (Video + Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Monday, June 23, 2014
Rating:
No comments