Remaja Muat Naik Gambar Selfie Tak Bertempat (2 Gambar)

Remaja Muat Naik Gambar Selfie Tak Bertempat (2 Gambar) | Nak berselfie pun biarlah kena pada tempatnya. Kan dah terima padah. Itu yang berlaku kepada seorang remaja, David McCarthy, 19, yang dihentam teruk di media sosial kerana bergambar selfie ketika pelumba basikal kebangsaan Jerman, Marcel Kittel terjatuh akibat kepenatan.


Ia berlaku ketika Kittel sedang berlumba di hadapan 50,000 orang di Dataran Merrion.

Kittel terjatuh akibat kepenatan di depan McCarthy dan aksi remaja itu bergambar selfie di depan Kittel yang keletihan, telah dirakamkan oleh jurugambar.

McCarthy kemudiannya memuat naik imejnya dalam instragram dengan kapsyen “Kittel rebah, sepatutnya saya menolongnya tapi saya telah bergambar selfie’.

Tidak lama selepas itu, kritikan dan kecaman dilemparkan kepadanya termasuk laman web pelumba basikal.

“Dalam masa lima minit orang ramai mengecam dan memanggil saya dengan pelbagai gelaran. Saya tidak berniat buruk,’’ kata remaja berkenaan.


Ketika itu, McCarthy berkata dia berada kita-kira 100 meter daripada garis penamat.

“Ketika itu terdapat ramai jurugambar dan saya berfikir dia (Kittel) tidak akan kisah kalau saya merakamkan gambar bersamanya,’’ katanya.
Setelah menerima kecaman, McCarthy kemudiannya memadamkan entri tersebut dan turut meminta maaf kepada pelumba basikal berkenaan.


Remaja Muat Naik Gambar Selfie Tak Bertempat (2 Gambar) Remaja Muat Naik Gambar Selfie Tak Bertempat (2 Gambar) Reviewed by Unknown on Thursday, May 15, 2014 Rating: 5

No comments