Friday, May 30, 2014
Rakaman Insiden Rempuhan di Masjidil Haram (Video) | Makkah : Empat orang cedera selepas mereka terperangkap dalam  rempuhan di Masjidil Haram, semalam.

Bagaimanapun, polis Makkah menafikan khabar angin yang tersebar di laman media sosial bahawa tiga jemaah terbunuh dalam kejadian itu, lapor Arab News.

"Tiga daripada mereka - semua wanita - telah dirawat di tempat kejadian dan mangsa keempat telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan ," kata jurucakap polis Makkah, Aati Al-Qurashi.

rakaman di masjidil haram
Menurut pegawai yang lain, terdapat seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan teruk di kepala.

Beliau berkata, sebaik sahaja pintu Kaabah itu dibuka untuk dibersihkan, beberapa jemaah cuba menghampiri pintu Kaabah bagi mendapatkan gambaran bahagian dalam Kaabah.

"Waktu itulah apabila lelaki itu terjatuh," katanya.

Ketika kejadian, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian untuk membasuh Kaabah.

Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun dalam bulan Muharam dan Syaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, menurut sumber lain, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi mengesahkan bahawa empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Beliau menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat cubaan membunuh diri semasa operasi membersihkan Kaabah dijalankan.

Sumber: Sinar Online



0 comments:

Post a Comment