Monday, May 12, 2014
Penjara Lokap



Dipenjara 39 Tahun, 8000 Sebatan  Riyadh: Lima lelaki tempatan dijatuhi hukuman 39 tahun penjara dan dikenakan 8,000 sebatan oleh Mahkamah Arab Saudi selepas ditangkap bersama beberapa botol minuman keras dan enam wanita di sebuah parti dipercayai sambutan Valentine, lapor akhbar semalam.

“Polis agama Arab Saudi menyerbu sebuah rumah rehat lokasi parti itu diadakan di tengah bandar Buraidah,” lapor akhbar harian Sabq. 

Sebatan 10 Peringkat

"Polis agama Arab Saudi menyerbu sebuah rumah rehat lokasi parti itu diadakan di tengah bandar Buraidah” Akhbar Harian Sabq

Mahkamah menghukum defendan pertama sehingga lima tahun penjara dan memerintahkan dia disebat 1,000 kali di dalam 10 peringkat. Defendan kedua dan ketiga masing-masing tujuh tahun penjara dengan 1,500 sebatan dalam 15 peringkat.

Sementara itu defendan keempat dan kelima masing-masing dipenjarakan selama 10 tahun dan akan menerima 2,000 sebatan yang akan dilakukan sebanyak 20 fasa setiap seorang.

Disebat di khalayak ramai

Akhbar itu berkata lima lelaki terbabit akan disebat di khalayak ramai di pusat bandar dan semua mereka dilarang daripada melancong ke luar negara selama lima tahun selepas tamat hukuman. 
Sementara itu Polis Kuwait menahan 32 lelaki di sebuah parti intim di Emiriah dekat Teluk dan polis berkata kebanyakan mereka adalah rakyat Kuwait dan badwi (tanpa pengenalan diri).

Polis menyerbu tempat itu selepas menerima maklumat dan semua yang terbabit kerana menganjurkan pesta, konsert haram dan memakai pakaian wanita.

Akhbar harian bahasa Arab Al-Anba berkata mereka yang ditahan termasuk warga bukan Kuwait Arab yang akan segera dihantar pulang. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment