Friday, May 09, 2014
7 Pokok Paling Berbahaya di Muka Bumi | Pokok merupakan tumbuhan yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia terutamanya dalam menghasilkan bekalan oksigen untuk semua kehidupan di Bumi..Ia juga sering dijadikan penghias landskap di kawasan bandar..Walaubagaimana pun, ada sesetengah pokok boleh memberikan mudarat kepada manusia yang berada berhampiran dengannya..Nak tahu apa pokok-pokok tersebut, meh usha kat bawah ni.. 

1. The Manchineel


Pada hari ini, pokok tersebut dikenali sebagai "manzanilla de la muerte" dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud "little apple of death". Apa yang menakutkan, buah pokok ini kelihatan sama seakan-akan seperti buah epal. Pokok ini boleh ditemui di sekitar kawasan Hemisphera Barat iaitu di Bahamas, Florida dan sekitar pantai Carribbean. Apa yang menjadikan tumbuhan ini berbahaya ada lah getahnya yang mengandungi bahan phorbol, yang boleh mendatangkan keradangan pada kulit yang serius. Manakala, sekiranya pokok ini dibakar, asapnya boleh menyebabkan pedih pada mata dan buta sekiranya terkena pada organ berkenaan. Buahnya pula mengandungi racun berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya dimakan.


2. The Apple Tree

Pada sebilangan orang, ia mungkin kedengaran pelik tetapi tumbuhan seperti epal boleh mendatangkan kemudaratan. Dengan memakan biji epal pada kadar yang berlebihan boleh membawa maut. Hal ini kerana biji epal mengandungi bahan Cyanogenic Glycosides, yang beracun. 


3. The European Yew



Pokok ini lazim ditemui di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Barat-Utara. Semua bahagian tumbuhan ini adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian. Satu-satunya bahagian pokok ini yang selamat dimakan untuk burung adalah aril merah yang mengelilingi biji benih. Terdapat kes-kes di mana mereka yang ingin membunuh diri akan memakan biji benih pokok ini. Bahan toksik pada tumbuhan terdiri dari bahan yang dikenali sebagai taxanes.


4. The Doll's Eye


The Doll's Eye merupakan tumbuhan ganjil yang mempunyai rupa yang pelik. Tumbuhan ini amat berbahaya kerana mengandungi toksin kardiogenik, yang membawa kesan sedatif ke atas otot jantung. Ia boleh mengakibatkan sakit pada jantung yang selalunya berakhir dengan kematian. Habitat tumbuhan ini adalah dikawasan hutan campuran dan hutan berkayu keras. Ia boleh mencapai ketinggian kira-kira 2 kaki dan 3 kaki diameter. Ia boleh ditemui di kawasan Amerika Utara.


5. The Stinging Tree


Tumbuhan berbahaya ini berasal dari Indonesia dan Queensland di Australia. Ia boleh menyebabkan kematian dengan hanya menyentuh mana-mana bahagian tumbuhan berkenaan. Pokok ini merupakan spesies Dendrocnide. Ia boleh membesar sehingga 131 kaki serta mempunyai bulu-bulu halus pada daunnya yang boleh menyebabkan tindak balas yang teruk pada kulit. Masyarakat asli Australia menggunakan tumbuhan ini untuk membuat garisan dan jaring.


6. The Suicide Tree


Pokok ini mendapat namanya berikutan ramai orang akan memakan buahnya bagi tujuan membunuh diri. Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cerbera Odollam dan ia boleh ditemui di India dan kawasan Asia Selatan. Kawasan berpaya merupakan zon prolifik yang sesuai untuk hidupan ini. Bunganya berwarna putih cantik dan buahnya seakan-akan buah mangga apabila matang. Buah-buahan pokok ini mengandungi bahan cerberin iaitu toksin kuat yang menyebabkan gangguan pada rentak jantung dan kematian. Walaubagaimana pun, pokok ini digunakan untuk membuat deodoran dan racun boi-serangga.


7. The Sandbox Tree


The Sandbox Tree merupakan spesies Hura Crepitans dan boleh ditemui di Asia Selatan dan Amerika Utara. Ia mempunyai batang berwarna gelap dan duri-duri tajam. Ia juga boleh mencapai ketinggian 200 kaki manakala daun nya yang bujur boleh mencapai ukuran 2 kaki lebar. Buah-buahnya menggunakan agen cambahan berupa letupan bagi menyebarkan biji benih. Kelajuan biji benih selepas meletup boleh mencapai kelajuan setinggi 70 meter per saat, merupakan sesuatu yang berbahaya pada manusia. Pokok ini turut menghasilkan sap getah yang mempunyai tahap racun yang tinggi.

p/s: Jaga-jaga kalau berkunjung ke negara orang, pokok kat sana bukan nak sama macam pokok kat sini :D


0 comments:

Post a Comment