Budak Tercucuk Besi Longkang di SRK Sacred Heart (2 Gambar)

NGERI: Budak Tercucuk Besi Longkang di SRK Sacred Heart (2 Gambar) | Ngeri, itulah yang boleh diperkatakan apabila melihat seorang murid lelaki berusia 10 tahun tercucuk besi longkang sehingga menembusi pipinya dalam kejadian di SRK Sacred Heart, Kota Kinabalu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.


Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.

Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulans untuk membantu pelajar ini. Perjalanan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital.

Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas. Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa.Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.



Budak Tercucuk Besi Longkang di SRK Sacred Heart (2 Gambar) Budak Tercucuk Besi Longkang di SRK Sacred Heart (2 Gambar) Reviewed by Unknown on Monday, April 21, 2014 Rating: 5

No comments